| Thursday, 9-Oct-2008 13:11 |
|
entry sempena Aidilfitri 2008/1429H
|
|
ini gambar pak andak n isteri n ashmeil (anak) serta wan sy.
hahaha tu dia atuk (mydad) bersama cucunya
yg pegang dia tu, shahnaz (abg ipar) dan merupakan bekas drummer kumpulan SPOON yg amat popular dgn lagu rindu serindu rindunya - tangkap lentok !!!
salam aidilfitri buat semua pengunjung laman blog fotopages sy ni ... maaf zahir dan batin ..
Sejak bulan ramadhan, sy bercuti di rumah dan mengemas kini kerja kerja yg pending .. selain duduk di rumah , tugas menjaga anak juga sy buat la ini termasuk mandikan mikaiel, basuh berak, tidurkan, pakaikan baju sehinggalah melayan telatah dia yg kadang2 agak poyo jer .. utk sambutan lebaran kaliini, isteri sy yg comel ni .(wakakakaka aku perasan) berhajat benar nak buat cukur jambul pada hari raya ke-4 bertempat di Kg. Rasa tambahan .. part ni nanti sambung ..
ok aidilfitri utk tahun ni kira meriahla utk sy sebab tahun berlepas kami ber-2 tahun ni kami ber-3 .. alhamdullilah sy dikurniakan isteri yg menyayangi dan prihatin justeru beliau menyiapkan 3 pasang baju melayu utk sy ..terharu sy dibuatnya .. raya pertama disambut di rumah klang, mcm biasa seawal pagi lagi selepas jer solat raya, rumah sy akan dikunjungi oleh ahli kariah kampung sebab ayah sy selaku Nazir mmg tradisinya mcm tu .. sehinggalah jam 12, kami tak bergerak ke rumah wan.. apatah lagi nak beraya ngan mak bapak serta isteri .. agaknya terlalu menanti di rumah wan, semua sedara datang kerumah sy utk beraya ..yg man mmg julung2 kali berlaku situasi mcm ni ..habis jer beraya , kami bergerak ke rumah wan yg berdekatan..masuk rumah ke-3 sy balik dan berehat .. ngantuk oo mlm raya lepak klang konon nak cari brg lelong last minit ..sekali hujan lebat .. masuk raya ke-2 sy dah bersiap nak balik kampung rasa ialah majlis cukur jambul raya-4
ok kita sambung kisah di kg.rasa .. kat kg. rasa sambutan raya kami lebih kepada persedian nak buat cukur jambul.. haa sebab apa , sebab ini cucu yg pertama dalam keluarga sebelh isteri gue.. sama la juga sebelah sini .. tapi sebelah isteri buat dulu .. jadi bermula kerja-kerja menyiang bawang seterusnya meracik nipis..kira mlm raya ke-3 kami tidu lewat sebab menanti masaknya rendang sarawak yg dimport khas ..bukan rendak tu diimport tapi tukang masak tu . org srawak iaitu abang ipar gue..keesokkan harinya majlis cukur jambul bermula jam 10 kalau ikut jadual tapi nak tunggu korum cukup jam 11 barula start dgn berzanji .. lebih kurang 7 org .. termasuklah ayah sy yg sememangnya suka berbenor nak nyanyikan utk cucunya .. maka bermula la sessi tersebut .. sy konon nak ambil gambar tapi my dad suruh pegang mikaiel dulu .. kasi buat satu lap then pass kat Abangngah gue .. aku shoot ..secara umumnya mmg gambar aku takder la mas gunting rambut tu.. aduhai .. Majlis tamat sampai jam 2 , org terakhir sampai ialah pak andak/makandak /ashmeil .. Alhamdullilah kaum kerabat klang semuanya serbu datang .. tu yg terkejut ..terima kasih la ... begitu juga dgn kaum kerabat sebelah RASA ni.. ramai juga yg datang ..ialah meraikan ahli keluarga baru katakan .. yg paling happy dah tentu mak mentua gue .. dan isteri ...serta ahli keluarga..
next day Ahad barula kami balik ke Klang pada waktu malam , basib baik jalan tak sesak ...so utk entry raya tak byk mana pun citer .. tapi just nak share gambar2 mikaiel ni..
dikesempatan ini juga, sy sekeluarga nak menjemput semau sahabt handai yg mengenali diri sy, mehla dtg ke rumah utk majlsi rumah terbuka yang akan diadakan : -
masa : 8.00mlm
tarikh : 11 oktober 2008 /sabtu
lokasi: 298, jln kangar 93, tmn sri pinang, bt 2 off jln kapar,41400, klang, selangor (rujuk googlemaps jika sesat)
ok tunggu dalam masa terdekat sy akan buat pengumuman lagi mengenai promosi hujung tahun bagi sesape yg nak cari pakej photography khususnya utk wedding ..
salam aidilfitri
|